Thursday, December 4, 2008

4/12/2008

Assalamualaikum/Salam sejahtera,

4 hb Disember 2008, hari ini cerah, tak macam hari-hari sebelumnya. Safwan tido umah atok kat Padang Midin, Kuala Terengganu ngan 2 orang sepupu, ashraf ngan akhram. Punyelah semangat dorang nie nak amek installer counter strike condition zero tuh. rasa kelakar pun ada. tapi tak kisahla, asalkan dorang happy, i was glad to see them actually. Kami tido dalam kul 2 gak lepas men CS tu secara ad-hoc. punyalah rancak sebab excited depa berdua. safwan senyum je, tapi tak kalah beb lawan! (alah, otai kalo kalah malu besar tu)

Bangon antara awal siket dalam bulan nie (kol 7). mula-mula gi solat la, apa lagi kan? tu pown dah kira lewat dah tu. lepas tu kejutkan depa berdua tu, pergh...macam tunggul je liat nak bangon. fed up, tak kisah lah depa nak bangon ke tak sebab safwan pagi tadi ada QTI (test kete ngan cikgu, bukan JPJ). Sampai-samapi je teros leh start, apa lagi vroom, vroom....tapi ada satu masalah besar dengan kete sebab tak drive kancil, tapi drive VIVA yang baru (mula2 excited gak, tapi akhirnya mengeluh sebab susah nak kendalikan kete baru rupanya, sume ketat-ketat lagi).

Lopeh tu, nak dijadikan citonyo, ada appointment ngan prof mat bin zakaria, deputy dean. Dia tu bagai ayah dengan wan, selalu beri nasihat dan akhir-akhir nie semenjak wat keputusan untuk repeat year, dia selalu bagi suggestion yang best2 lah!

Hari nie jugak hari kedua moonsoon cup. ader hati gi tengok tapi tak tahan nunggu almaklumlah kat situ ada pertandingan nyanyi karaoke. Punyalah 'sedap' peserta-peserta tu nyanyi wat kaki laju je rasa nak belah dari situ. bukan jalan kaki sayang oii....naik moto kriss ku yang tercinta.

I am lonely this holiday. kekadang ada gak yang menemani especially my kakak-kakak yang selalu wan rindu dan sayangi. korang memang bestlah. My little sis pulak dah balik sabah kot, sebab dia orang sabah. dia kata maid umah dia balik indon, so dia kene wat house chores. I say that is great sebab dia nak turunkan berat badan dia.

huhuh...sekarang kol 2045. ada berita sukan kat TV pasal liga bola sepak argentina. Bosan nyer holiday. Aku keseorangan, lonely, tanpa member-member yang boleh diharap berada disisi. tapi aku kenal aku sape, so aku fikir takyah lah nak merungut. maybe besok balik kampung kat melaka jadi suatu yang best untukku.

rasanya dah le setakat nie kot....nak kena prepare untuk balik kampung besok nie. nak kena bertolak sebelum subuh besok. naik van tapi aku frust gak sebab tak sempat dapatkan lesen kete sebelum perjalanan. muahahahaha..kadang-kadang rasa nak tergelak pulak kalo dingatkan apa yang berlaku sepanjang cuti nie. tapi apakan daya sebab safwan baru start tulis hari nie. maybe selepas lima hari nie baru safwan tulis balik. Salam semua, bye~

No comments: