Thursday, December 25, 2008

~Balik MAIDAM~

Salam...

Pasti yang membanca jika bukan student UDM mesti tak tahu apa tu MAIDAM kan? Kalau dicari maidam dalam Google search atau Y! Search, mesti akan nampak MAIDAM tu Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu. Tapi takkan lah bebudak UDM nak pergi ke situ. Nak buat apa jang kat situ?
Nak dijadikan cerita, UDM (KUSZA suatu masa dulu) memerlukan asrama untuk menempatkan pelajar2 yang belajar di Kampus Kota. Kampus Kota tu punya la lawa, tapi yang slack nya adalah tempatnya cukup sempit dan tak cukup tempat nak bina asrama dalam kompaun kampus tersebut. Jadi UDM pun carilah bangunan kosong dan sesuai untuk menempatkan pelajar dan akhirnya terjumpalah satu bangunan milik MAIDAM tadi di Kg Ladang. Bangunan tersebut disewa untuk term 8 tahun (menurut pak guard, aku ni pelik sikit sebab ramai anti pak guard sebenarnya).
Sejak perjanjian sewaan dipersetujui, Bebudak FASKES (Fakulti Sains Kesihatan) yang stay dulu dekat bangunan nie sebab masa itu FABIO (Faculty of Agricultural and Biotechnology) tak wujud lagi. Dan untuk menyenangkan student separate nama asrama dengan asrama di KUSZA dan Tok Jembal (sekarang dah tiada, UMT dah ambil), depa sepakat meletak nama bangunan asrama serba indah itu dengan nama cukup simple dan mudah-Asrama MAIDAM. Kan senang nak beza kan? Tak payah nama arab yang senang mengelirukan, cukup dengan setakat satu ayat 5 huruf-M,A,I,D,A,M.
MAIDAM nie bilik dia besar! Ada dorm, 8 orang, dengan ruang yang cukup luas dan selesa walaupun katil disusun macam mana pun (single, bukan double ya). Lagipun student dekat MAIDAM tak ramai jadi kami hampir mengenali setiap yang masuk dan kuar dari asrama. Keadaan juga terkawal di situ dengan kes-kes yang diklasifikasikan sebagai jenayah tu takde berlaku langsung. MAIDAM yang bestnya berbanding asrama di KUSZA juga mempunyai access broadband tanpa limitation! ( Dimana orang kampung sekeliling asrama turut memanfaatkannya).
Hari ini hari krismas dan sepatutnya Safwan dah balik bilik di MAIDAM. Tapi apa kan daya saya, hujan melanda tak dapeklah nak pergi hari ni. So, I decided to go tomorrow instead. Safwan amat rindukan keadaan di MAIDAM itu, dan tidak sabar untuk jumpa member2 yang dah lama bercuti. Bub Bye~ Salam....

No comments: