28 haribulan 12 mulanya kuliah semester 4. aku pada masa tu masih tegantung sebab aku berniat pada awalnya nak repeat semester, tapi akhirnya ditolak oleh registrar universiti. halnya sebab tak boleh undur sistem maklumat pelajar. aku aneh sebab aku rasa U lain mende nie dianggap biasa je.
minggu nie juga aku merasai kesedihan yang amat sangat. pasti yang membaca tak tahu selain family di rumah, aku ada family di UDM. yang rapat dengan aku ada 5 orang kakak, namanya aina, aimie,salwa,nina dan nadia. mereka sumer best2 dan merekalah yang bertanggungjawab bawak aku kembali normal selepas mengharungi kesedihan yang amat dashat selepas sem 2...
Tapi hari nie, kak aina pergi meninggalkan aku bersama 4 orang lagi kakak yang aku ada. sedihnya aku melihat dia sakit bagaikan aku pula yang merasa sakitnya pada tubuhku sendiri. Dia sakit saraf sebenarnya. Tapi aku bukan doktor, bukan farmasi atau pengamal perubatan tradisional yang boleh membantu. Aku sekadar mammpu memberikan pertolongan. Tapi, semalam kak aimie memberitahu bahawa kak aina sakitnya dah di tahap kritikal. aku risau...dan akhirnya pagi nie aku mendapat berita yang dia akan menangguhkan pengajian.
Aku tak sanggup melepaskan dia pergi selepas apa yang kami kecapi bersama. sakitnya kesedihan di hati aku bagaikan ingin memaksaku rebah ke tanah. aku mengharapkan ianya suatu mimpi, namun ia adalah kenyataan pahit yang tepaksa aku telan. Namun, dia terpaksa aku lepaskan pergi dek kerana penyakitnya. Aku menangis di dalam hatiku yang kecil nie. Bukan apa, orang yang menggembirakan aku sudah berlalu pergi.
Buat kak aina, adikmu ini sebenarnya tidak merelakan pemergianmu pulang dan meninggalkan kami berlima. namun adikmu tidak pula mahu melihatmu menderita namun apa yang berlaku adikmu tetap mendoakanmu dimana sahaja dirimu berada. Adikmu tetap akan mengingatimu selamanya dek kerana jasamu terhadap adikmu ini tiada pula adik terfikir akan macam mana membalasnya nanti. Adik amat menyayangimu kak...namun adik merelakanmu pergi kerana dirimu berjanji akan bersama kembali dengan kami selepas 6 bulan. Adik memegang erat janjimu walau adik tahu hanya sedikit daripada kenalan yang pernah menangguh pengajian pulan untuk meneruskannya. Adik risau itu berlaku, namun adik percaya bahawa kakak akan pulang bersama kali lagi untuk masa akan datang.....
Selamat tinggal akak, kepulanganmu ke batu pahat johor adik tangisi. tak tertahan di hati adik untuk merelakanmu pergi, namun untuk kebaikanmu, adik relakan lah ianya berlaku...moga-moga akak sihat dan cepat sembuh.
Friday, January 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment